Isnin, 13 April 2009

HUKUM REMAJA BERPASANGAN(COUPLE)


SOAL JAWAB AGAMA

Soalan:
Assalamua'laikum ustaz.. apakah hukumnya berpasangan pada masa remaja sedangkan remaja tidak mencukupi syarat untuk berkahwin iaitu dari sudut nafkah zahir..bagaimana ustaz tentang istilah berkawan antara lelaki dan perempuan..apakah yang halal antara mereka dan yang haram..harap ustaz beri penjelasan..

Jawapan:
Waalaikumussalam wrbt…..
Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara'. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.
Bercouple seolah-olah sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab-sebab yang di haruskan syarak. Selain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama sudah bertunang pun masih haram kelaur bersama tanpa di temani oleh mahram.
Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.
Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan