Khamis, 23 Julai 2009

Jagalah Dirimu Wahai Wanita


Berhati-hatilah, jagalah dirimu wahai wanita.

jangalah memberanikan dirimu untuk melakukan maksiat yang kecil , terlebih lagi yang besar. ingatlah! bahawa Allah melihatmu, maka janganlah melanggar perintahNya dan terperosok ke dalam apa yang dimurkaiNya. Semoga Allah menjaga dan menghiasi dengan takwa. Laluilah jalan keselamatan yang diantaranya:

* Tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram. Baik di rumah, di dalam kereta , di sekolah dan tempat lain. Jadilah umat yang taat kepada Allah dan RasulNya.

* Tidak sering keluar pasar. Jika keluar hendaklah bersama mahramnya. Jangan merendahkan suara atau berlemah lembut dalam tutur kata dengan penjual.

* Hindarilah tabarruj(berhias diri) dan sufur(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah kerana ia menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. berserderhanalah dalam berpakaian.

* Hindarilah daripada membaca majalah dan menonton filem yang merosakkan. kurangkan aktiviti menonton tv.

* Hindari muzik yang melalaikan. Hiasi pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci al-Quran, rutinkan membaca zikir dan istighfar.

* Takutlah kepada Allah s.w.t dengan rasa takut yang paling tinggi. Bayangkan jika sedang berzina kemudian meninggal dunia tanpa pengetahuan ibu bapa?naudzubillah minzalik.

* Perbanyakkan doa kerana umat nabi termasuk orang yang sentiasa dan banyak beristighfar.

* Jangan biarkan waktu senggang berlalu, kecuali anda membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu. Berusahalah menghafal apa yang mudah dari al-Quran.

* Bersegera bertaubat.SEGERA!

* Ingat! telefon adalah salah satu alat yang boleh meransang nafsu.

* Meninggalkan maksiat (segala perbuatan yang mendatangkan dosa). Rasulullah bersabda:"Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dia akan memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya."

* Membina bi'ah yang solehah. berhati-hati dalam memilih sahabat. pastikan sahabat itu seorang yang boleh mendorong kita ke jalan yang diredhaiNya.

Sabtu, 18 Julai 2009

ISRAK MIKRAJ - RENUNGAN BUAT MUSLIMAH


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah

menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab: "Pada malam aku di-israkkan , aku melihat

perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,

menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


Sabda Rasulullah SAW :

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat

tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,

dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk

karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu

kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

-Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

-Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

-Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

-Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

-Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

-Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

-Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Isnin, 6 Julai 2009

10 AKIBAT MENGABAIKAN SOLAT FARDU



1.AKAN MENJADI ORANG YANG SESAT

2.MENJADI TEMAN IBLIS

3.DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA SAQAR

4.MENJADI ORANG YANG RUGI

5.HIDUP SENSARA DI DUNIA,ALAM BARZAKH DAN AKHIRAT

6.MENJADI KUFUR

7.TERHAPUS SEGALA AMALAN KEBAIKAN

8.TERLEPAS DARI JAMINAN ALLAH DAN RASULULLAH

9.BERSAMA-SAMA DENGAN FIRAUN,HAMAM,QARUN DAN UBAI BIN KHALAF

10.DILAKNAT OLEH ALLAH SWT.

Khamis, 2 Julai 2009

Adakah Rajab bulan Allah?


Benarkah bulan Rajab adalah bulan Allah sebagaimana didendangkan di dalam ceramah dan khutbah Jumaat oleh sesetengah pendakwah bahawa ianya dinukilkan daripada hadis nabawy yang berbunyi, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”? Apakah hukum meriwayatkan dan menyebarkan hadis yang tidak benar daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam?

Asy Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menjawab:

Tiada satu pun nas berkenaan bulan Rajab kecuali yang menjelaskan kemuliaannya sebagai salah satu daripada 4 bulan yang haram ( al asyhur ul hurum ) sebagaimana di dalam Al Quran ( at Taubah: 36 ) iaitu Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan - bulan haram adalah penuh kelebihan.

Tiada satu pun hadis yang sahih warid daripada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam yang menyatakan kelebihan bulan Rajab secara khusus kecuali satu hadis yang hasan: Bahawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam paling banyak berpuasa di bulan Syaaban. Lalu baginda ditanya mengenainya. Baginda menjawab, ” Ia ( Syaaban )adalah bulan di antara Rajab dan Ramadhan yang dilalaikan oleh manusia ( kelebihannya ).”

Maka, difahami daripada sabda itu bahawa bulan Rajab mengandungi kelebihan yang telah jelas diingati berbanding Syaaban.

Adapun hadis, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan ummatku.”, maka ia adalah satu hadis yang munkar ( tak dikenali )dan dhoif jiddan ( terlalu lemah ), bahkan kebanyakan ulama hadis menyifatkannya sebagai sebuah hadis maudhu’ ( palsu ).

Tiada harganya daripada sudut ilmiah mahupun ugama.

Demikianlah segala hadis yang diriwayatkan berkaitan bulan Rajab bahawa sesiapa yang solat sekian maka untuknya sekian dan siapa beristighfar ( di bulan Rajab ) sekali maka untuknya sekian, maka itu semua adalah melampau - lampau dan pembohongan ke atas ar Rasul.

Antara tanda nyatanya pendustaan dalam hadis - hadis tersebut ialah wujudnya perihal kelebihan atau ancaman azab yang melampaui batas. Para ulama berkata, sesungguhnya janji manis dengan pahala yang besar atas amalan baik yang kecil dan janji buruk dengan azab yang pedih atas amalan dosa yang kecil adalah antara tanda bahawa ianya adalah hadis yang dusta dan palsu.

Ini sebagaimana dendangan periwayatan palsu bahawa baginda bersabda, “Sesuap yang dimasukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu buah masjid.”

Hadis - hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan bulan Rajab adalah daripada kategori ini. Adalah menjadi kewajiban ulama untuk menyedari kepalsuan hadis - hadis sebegini dan mengingatkan manusia daripadanya.

Telah warid ( datang ) daripada baginda, ” Barang siapa yang meriwayatkan satu hadis yang dia tahu kebohongannya, maka dia termasuk daripada kalangan yang berbohong juga.”

Tetapi biasanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia sedang meriwayatkan hadis yang palsu. Justeru adalah menjadi kewajibannya untuk tahu dan mengambil hadis - hadis daripada sumbernya yang betul.

Di sana terdapat kitab - kitab hadis yang muktamad ( dipegang ) dan terdapat kitab - kitab yang khusus menyatakan mengenai hadis - hadis yang lemah dan palsu seperti‘al Maqasid al Hasanah’ oleh as Sakhawi, ‘Tamyiz al Thayyib min al Khabith lima yaduru ‘ala alsinati an nas min al hadith’ oleh Ibn ad Diba’, ‘Kasyf al khafa wa al ilbas..’ oleh al ‘Ajluni dan banyak lagi yang sayugia diketahui oleh para khatib dan penceramah ugama.

Mereka mesti menekuninya sehingga tidak lagi meriwayatkan kecuali hadis - hadis yang dipercayai kesahihannya. Hadis - hadis palsu ini sebenarnya adalah antara penyakit yang meracuni thaqafah Islamiah kita umat Islam. Ia tersebar melalui lidah para penceramah, buku - buku dan cakapan awam sedangkan ia adalah dusta dan anasir perosak dalam agama kita.

Adalah sayugia kita menyucikan dan menjernihkan thaqafah Islamiah kita daripda hadis - hadis jenis ini.

Terjemahan dari laman http://www.qaradawi.net