Rabu, 28 April 2010

BEST KE ‘COUPLE’?



Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa. Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

sumber : ILuvIslam

Isnin, 19 April 2010

BERTAUBATLAH.....SEBELUM TERLAMBAT

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.[kat asscrewz pun dah byk dah topic2 thread2 ke arag tue Sad]

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8)Cool Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

SUMBER DARI : http://www.ourstuff4u.cz.cc/2010/04/sila-baca-tarikh-di-sini-dan.html